Monday 16 July 2018

LEBIH 3.5 JUTA PERTARUHAN JUDI ONLINE BOLA SEPAK PIALA DUNIA

SUBANG JAYA - 16/7/2018

Sindiket judi online bola sepak Piala Dunia membabitkan pertaruhan lebih 3.5 juta ringgit dengan menggunakan laman web serta laman sosial Facebook dan aplikasi we chat tumpas.

Ia hasil serbuan dilakukan bahagian perjudian, maksiat dan kongsi gelap D7 IPK Selangor dan Bukit Aman di sebuah premis di Subang Jaya malam tadi.


Pegawai Turus D7 Selangor DSP Khaizam Ahmad Shahabudin berkata sindiket itu didapati sudah beroperasi sejak 3 bulan lepas di laman web www.kira88.com, facebook dan wechat.


Hanya ahli yang mendaftar di laman sosial Facebook mereka sahaja dibenarkan membuat pertaruhan.

Setakat ini lebih 1500 individu didapati menjadi ahli sindiket pertaruhanan online itu.

Dalam serbuan dilakukan jam 11.30 malam tadi, dalang sindiket itu yang baru berusia 21 tahun dicekup.

Pelbagai peralatan untuk kegiatan menguruskan pertaruhan dirampas.


Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment