Sunday 1 July 2018

DUA WANITA TERSEPIT

Hulu Selangor - 1/7/2018

Detik cemas dua wanita yang tersepit dalam kenderaan mereka selepas terbabit dalam nahas jalan raya dekat kilometer 413 lebuhraya PLUS Lembah Beringin, pagi tadi berakhir.

Ia selepas kedua dua mangsa itu diselamatkan orang awam yang terlihat kejadian itu.


Difahamkan...  Kejadian berlaku jam 9.30 pagi tadi ketika dua mangsa bersama seorang lagi ahli keluarganya dipercayai dalam perjalanan dari Behrang ke arah ibu negara.

Menurut saksi..   Kejadian berpunca dari sebuah kenderaan jenis toyota camry telah melanggar bahagian belakang kenderaan mangsa jenis viva.


Akibatnya..  Mangsa hilang kawalan lalu kenderaannya berpusing dan terbalik beberapa kali.

Kedua dua mangsa yang tersepit dibahagian penumpang berjaya dikeluarkan orang awam dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Sebuah jentera dari balai bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu turut dikejarkan ke lokasi kejadian.


Dua lelaki yang menaiki toyota camry itu dipercayai melarikan diri selepas kejadian.

Dan hasil pemeriksaan polis menemui beberapa keping nombor plat kenderaan dan parang panjang di bonet kereta terbabit.

Polis masih menunggu laporan dari mangsa.

No comments:

Post a Comment