Thursday 5 July 2018

PALSUKAN DOKUMEN IMIGRESEN, SEORANG WARGA BANGLADESH DICEKUP

Subang Jaya - 5/7/2018

Jabatan Imigresen Putrajaya berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang di percayai menjalankan kegiatan memproses dokumen program rehiring secara tidak sah.

Program rehiring yang di lakukan Jabatan Imigresen Malaysia telah tamat pada akhir jun lalu.


Imigresen kini giat melakukan 'Op Mega 3.0' bagi mengesan pati yang berada di negara ini.


Operasi di gerakan oleh sepasukan pegawai dan anggota imigresen dari unit perisikan bahagian analisa dan operasi bersama unit operasi khas dan unit operasi putrajaya, kira-kira jam 8 malam tadi.

Serbuan tertumpu di kawasan perniagaan di Bandar Sunway.


Ketika serbuan terdapat sekumpulan warga asing sedang melepak di sebuah kedai runcit.

Hasil maklumat awam dan risikan, pihak imigresen berjaya menahan seorang lelaki bangdesh di percayai ajen bagi membuat proses rehairing secara tidak sah.


Di percayai kedai runcit terbabit di jadikan tempat menemui pelanggan, sebelum di bawa ke ruangan pejabatnya di tingkat atas.

Dalam serbuan ini, pasukan terbabit menemui pelbagai dokumen imigresen, termasuk pasport dan wang tunai lebih 16 ribu ringgit.

Dalam operasi sama imigresen turut memeriksa beberapa buah kedai dan kaki lima di sekitar kawasan terbabit.


Hasilnya seramai 87 warga asing di periksa.

Daripada jumlah itu, seramai 72 warga bangladesh, indonesia, myanmar, vietnam, thailand dan pakistan di tahan atas pelbagai kesalahan.

Antaranya tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Kesemua mereka di tahan dan di bawa ke jabatan imigresen putrajaya untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment