Thursday 12 July 2018

KENDERAAN BERTEMBUNG, SEORANG MAUT SEORANG LAGI CEDERA PARAH

HULU SELANGOR - 12/7/2018

Seorang bapa yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya.

Insiden melibatkan dua buah kenderaan itu turut mengakibatkan seorang lagi lelaki cedera parah.


Insiden jam 10.30 malam tadi berlaku di kilometer 11 jalan Sungai Choh menghala ke Bukit Beruntung.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika sebuah kereta honda brv tiba tiba memasuki laluan bertentangan dan terus bertembung dengan kenderaan mangsa jenis proton persona.


Akibat kejadian itu, kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik.

Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu yang tiba jam 11.10 minit mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Manakala seorang lagi pemandu dikenali sebagai Azha Abdul Aziz 45 tahun cedera parah dan patah kaki segera dihantar ke hospital KPJ Rawang.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Shukri Yaakob berusia 47 tahun dan bekerja sebagai pemandu bas.


Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment