Saturday 14 July 2018

4 MAUT, 6 BUAH KENDERAAN TERLIBAT KEMALANGAN

Rawang - 14/7/2018

Empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran persimpangan Rawang, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, enam kenderaan yang terbabit adalah lima kereta dan sebuah treler.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Bonny Martin Saging Mato berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.02 tengah hari.

Anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat  Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.


Mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki kereta Perodua Alza serta seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Vellfire.


Sementara kanak-kanak lelaki penumpang Toyota Vellfire parah manakala pemandu treler cedera ringan.

Dua lagi mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Siasatan awal dipercayai lori treler terbabit melanggar belakang sebuah nissan almera yang menghala ke utara.


Akibatnya..  Treler terbabit terbabas dan memasuki haluan bertentangan lalu merempuh dua buah kenderaan velfire dan alza.


  • Kejadian itu mengakibatkan aliran trafik di kedua dua hala bergerak perlahan sejauh 20 kilometer.

No comments:

Post a Comment