Wednesday 20 June 2018

MAUT SELEPAS LARI DARI SEKATAN POLIS

Selayang - 19/6/2018

Padah lari dari sekatan polis. Seorang pemuda yang menunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah lagi motosikal.

Kejadian jam 6.30 petang tadi berlaku di Batu 16 jalan Templer Rawang ke ibu negara.


Difahamkan mangsa menunggang secara berkumpulan bersama rakannya yang lain.

Bagaimanapun  mangsa bertindak melawan arus sebelum merempuh sebuah penunggang motosikal dari arah bertentangan.


Rempuhan itu turut mengakibatkan seorang lagi cedera parah dan dibawa ke Hospital Selayang.

Mangsa maut dikenali sebagai Muhammad Khairul Azwan Marsidi berusia 24 tahun dipercayai dalam perjalanan beraya dari Kuala Selangor ke Kajang bersama rakannya.


Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment