Friday 1 June 2018

170 WARGA ASING DITAHAN

Kuala Lumpur - 1/6/2018

Menteri Dalam Negeri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai operasi dilakukan Jabatan Imigresen bagi membanteras kebanjiran warga asing di ibu kota.


Operasi bermula Jam 4 petang tadi tertumpu sekitar Jalan Petaling dan Kota Raya yang terkenal dengan kebanjiran warga asing.

Sepanjang operasi lebih sejam itu seramai 330 orang diperiksa.


Daripada jumlah itu 170 warga asing ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.


Tan Sri Muhyiddin berkata operasi secara berterusan dilakukan Jabatan Imigresen ini adalah antara usaha bagi membanteras masalah Pendatang Asing Tanpa Izin .

Selain itu ia juga adalah usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah pekerja asing serta memastikan kesejahteraan , keselamatan dan kedaulatan negara.

Sepanjang tempoh bermula 1 Januari hingga semalam, Jabatan Imigresen telah mengadakan 6,204 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

Seramai 76, 276 orang telah diperiksa dan hasilnya seramai 18, 521 PATI dari pelbagai negara telah ditahan kerana melakukan kesalahan imigresen.


Jabatan imigresen juga menahan 469 majikan sepanjang tempoh itu dengan 319 daripada mereka sudah dituduh di mahkamah.

No comments:

Post a Comment