Saturday 30 December 2017

PENEMPATAN HARAM WARGA ASING DIGEMPUR

Kuala Lumpur - 30/12/2017

Kawasan penempatan haram warga asing di Desa Park City di pinggir ibu kota digempur oleh Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Hasil serbuan membabitkan lebih 100 anggota penguatkuasa Imigresen, JPAM dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL mendapati terdapat lebih 30 buah rumah haram dibina di kawasan itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata hasil serbuan ini, pihaknya berjaya menangkap 45 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.



Ia termasuk bayi dan kanak kanak berusia 2 minggu sehingga 6 tahun.

Semakan mendapati kesemua mereka dilahirkan di negara ini.

Kawasan ini didapati menjadi penempatan warga asing dari Indonesia sejak 6 bulan lepas.

Hamidi juga berkata kawasan penempatan haram ini berada di kawasan tersorok dan sukar untuk dimasuki keran berbukit serta jalan yang licin terutama jika hujan.



Malah kawasan ini turut dikawal dengan banyak anjing .

Namun hasil maklumat dan risikan, tiada anggota penguatkuasa yang cedera dalam operasi berkenaan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke ibu pejabat Imigresen Kuala Lumpur di Jalan Duta untuk tindakan lanjut dibawa akta imigresen.

No comments:

Post a Comment