Saturday 30 December 2017

3 PENJENAYAH MATI DITEMBAK

GOMBAK - 29/12/2017

Tiga penjenayah yang dikehendaki polis ditembak mati.

Kejadian berlaku di Jalan Sungai Tua, Batu Caves, menghala ke Ulu Yam , Selangor lewat kira kira jam 6.45 petang tadi.

Kesemua suspek yang belum dikenalpasti identiti dan warganegara ditumpaskan oleh Cawangan Jenayah Berat D9 Jabatan Siasatan Jenayah  IPK Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Fadzil Amat berkata suspek menaiki kereta Suzuki Swift putih dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 6 petang.

Bagaimanapun suspek memecut laju dan enggan menyerah diri.

Selepas hampir setengah jam mengejar, polis berjaya memintas kenderaan itu.

Bagaimanapun ketika mengarahkan suspek menyerah diri, salah seorang daripada lelaki itu melepaskan sedas tembakan.

Polis yang mempertahankan diri membalas tembakan itu dan berjaya menumpaskan kesemua suspek.



Hasil pemeriksaan , polis menemui sepucuk pistol dan dua bilah parang yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti jenayah mereka.

Semakan awal polis mendapati suspek mungkin terlibat dalam kes samun mangsa yang baharu keluar dari mengeluarkan wang dari bank.



Polis yakin dengan tumpasnya penjenayah itu dapat menyelesaikan sebahagian daripada 86 kes samun mangsa yang keluar dari bank melibatkan kerugian mencecah 8 juta ringgit yang dilaporkan berlaku di Selangor pada tahun ini.

No comments:

Post a Comment