Monday 13 August 2018

2 PEKERJA MAUT TERHIDU GAS AMMONIA

Shah Alam - 13/8/2018

Dua pekerja kilang ais maut manakala 18 lagi terpaksa menerima rawatan selepas terhidu gas ammonia yang bocor.

Kejadian berlaku di Seksyen 36, Shah Alam, Selangor awal pagi tadi.


Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Yusri  Basri berkata kedua-dua pekerja yang maut itu dipercayai terhidu terus dengan gas ammonia yang bocor dari tangki simpanan ketika mereka melakukan kerja rutin.

Dalam kejadian jam 5.11 pagi itu, kedua-dua pekerja warga asing meninggal dunia di tempat kejadian.


Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR, Klang untuk bedah siasat.

18 lagi mangsa yang terhidu gas itu dihantar ke beberapa hospital sekitar .

Antaranya lima ke HTAR, 6 ke Hospital Shah Alam , tiga ke Hospital Sungai Buloh dan empat lagi ke Hospital Banting bagi menerima rawatan.


Kebanyakan mereka mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata kerana kandungan gas ammnonia yang mencecah bacaan 500 p-p-m berbanding bacaan normal iaitu 50 p-p-m.

Kerja-kerja pemantauan kuantiti kebocoran gas ammonia masih dijalankan dan kualiti udara di luar kilang telah kembali normal.

No comments:

Post a Comment