Saturday 11 August 2018

PELAJAR MEREMPIT DICEKUP POLIS

Kuala Lumpur - 11/8/2018

Bagaikan episod yang tiada kesudahan...

Itu istilah bagi si samseng jalanan yang tidak serik berlumba haram biarpun hampir setiap minggu lokasi sama dipantau polis.


Buktinya...  5 remaja berusia 16 tahun termasuk 4 daripadanya pelajar sekolah ditangkap ketika berlumba di Lebuhraya Duke malam tadi.

Ops samseng digerakkan oleh pasukan Jabatab Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur malam tadi turut melakukan sekatan jalan di Jalan Raja Laut.


Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkifli Yahya.. Lima remaja yang ditahan itu bersaing ketika masih banyak pengguna melalui lebuhraya berkenaan.

Dalam pemeriksaan sekatan jalan... Ada penunggang yang sanggup melawan arus.


Operasi diketuai Pegawai Turus JSPT KL DSP Shafie Ishak bermula jam 10.30 malam berakhir dengan 356 saman atas pelbagai kesalahan.

Seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun diberkas selepas didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Polia juga menyita 8 buah kereta atas kesalahan ubah suai ekzos, tayar kereta dan menggunakan enjin yang tidak disahkan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Operasi tamat jam 3 pagi.

No comments:

Post a Comment