Monday 20 August 2018

SPA TAWAR PAKEJ URUT & SEKS

Serdang - 20/8/2018

Urut dan seks, itu antara yang ditawarkan kepada pelanggan di sebuah SPA di Serdang, Selangor.

Kegiatan itu terbongkar dalam serbuan polis bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor malam tadi.


Serbuan bermula jam 8 malam diketuai pegawai turus D7 Kontijen Selangor DSP Khaizam Shahabudin.

Ketika serbuan rata-rata pekerja seks terbabit sedang menunggu pelanggan.


Ada juga yang sedang melayan pelanggan di bilik khas yang disediakan.

Menyedari premis diserbu, pekerja seks terbabit cuba melarikan diri melalui pintu rahsia.


Bagaimanapun kecekapan pihak polis berjaya menemui sebuah almari yang diubahsuai sebagai laluan rahsia.

Almari terbabit dilengkapi sistem elektronik.

Hasil serbuan 9 pekerja lelaki, 13 wanita warga Indonesia, 7 Thailand dan Vietnam ditahan.

Premis terbabit pernah di serbu sebelum ini atas kesalahan yang sama dan beroperasi secara haram.

Bayaran 50 ringgit untuk perkhidmatan SPA dan 190 ringgit untuk khidmat seks di kenakan bagi setiap langganan.


Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment