Thursday 9 August 2018

JPJ KELUARKAN 346 SAMAN TERHADAP PATI

Kuala Lumpur - 9/8/2018

Sudah lah tidak berlesen..  Boleh pula menjaja makanan dengan menggunakan motosikal roda tiga di sekitar ibu negara.

Ada juga aduan orang awam yang mendakwa lori sampah dipandu warga asing.


Rentetan itu.. Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ terus mempertingkatkan Operasi Khas Mengesan Pemandu Warga Asing Op Pewa baru baru ini.

Buktinya selepas 4 hari beroperasi sejak isnin lepas...  Sejumlah 346 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di 3 lokasi sekitar Lembah Klang.


Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Mohd. Zawawi berkata.. Seramai 145 warga asing diambil tindakan kerana melanggar peraturan JPJ.

Pecahannya 70 Mynamar, 23 Indonesia, 11 India, 7 Pakistan,  6 Bangladesh, 2 Nepal dan lain lain 26.


Antara kesalahan dikesan..  Tiada lesen memandu sejumlah 177 notis... Tiada Lesen Kenderaan Perdagangan GDL 60, tamat insuran dan lesen kenderaan motor LKM 47
Kesalahan teknikal 62.

19 buah motosikal dan sebuah van turut disita.

Dalam operasi pagi tadi bermula jam 9 pagi di Lembah Jaya Ampang 45 warga asing ditahan..

6 orang dikesan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan diri dan diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut.

Q
Operasi dengan kekuatan  41 pegawai termasuk 15  pegawai berpakaian premas berakhir jam 1 tengah hari tadi.

No comments:

Post a Comment