Monday 6 August 2018

4 INDIVIDU TERLIBAT PENGUBAHAN WANG HARAM BERNILAI LEBIH RM32JUTA

Kuala Lumpur - 6/8/2018

Empat individu termasuk seorang pengarah syarikat cari gali minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur atas pertuduhan pengubahan wang haram bernilai lebih 32 juta ringgit.

Kesemua mereka didakwa di tiga mahkamah berasingan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, AMLA.


Pengarah syarikat, Yong Mee Lan dituduh menerima wang 226 ribu ringgit pada 26 Mac dan 27 Julai 2015.

Tertuduh kedua... Ahmad Ashraaf Kamarul Zaman, seorang pembantu teknikal di syarikat sama, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan-menerima wang hasil dari aktiviti haram antara 4 Mac sehingga 21 April bernilai 1.45 juta ringgit ke dalam akaun Oceanbase Armada Sdn. Bhd...


...dan menerima 50 ribu 500 ringgit ke dalam akaun miliknya pada 12 Februari 2016.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin 100 ribu, dan 50 ribu ringgit dengan dua penjamin.

Manakala di hadapan hakim Azura Alwi...tertuduh Jamsari Abdul Rahim berdepan 10 pertuduhan menerima wang hasil dari aktiviti haram bernilai lebih enam juta ringgit.


 Jamsari dan Mee Lan turut dituduh dalam aktiviti pengubahan wang haram melibatkan sekeping cek bernilai 13 juta Ringgit pada Julai 2015.

 Di Mahkamah Sesyen berasingan suami Mee Lan, Ng Soon Lin turut dituduh menerima wang berjumlah lebih enam juta di akaunnya pada 4 dan 5 Februari 2016.

Kesemua tertuduh  bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak 270,400 ringgit dengan seorang penjamin.


Sebutan semula kes ditetapkan 20 Ogos depan.

No comments:

Post a Comment