Saturday 18 August 2018

MAYAT DALAM KOTAK

Kepong - 18/8/2018

Tragis apabila mayat seorang lelaki disumbatkan ke dalam sebuah kotak dipercayai dibunuh dan dicampak di dalam parit dekat Taman Perindustrian KIP Kepong malam tadi.

Mayat itu ditemui orang awam kira kira jam 7 malam tadi selepas terlihat sebelah tangan mangsa terkeluar dari kotak berkenaan.


Kedalaman parit setinggi 5 meter menyebakan bantuan bomba diperlukan.

Pemeriksaan forensik percaya mangsa warga Pakistan mati lebih 24 jam.


Hasil siasatan membawa kepada penahanan dua lelaki warga Pakistan dipercayai dapat membantu siasatan.

Bagaimanapun identiti mangsa belum dikenal pasti.

Polis masih menyiasat motif pembunuhan.


Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

No comments:

Post a Comment