Sunday 26 August 2018

ANGGOTA POLIS MAUT DILANGGAR

Cheras - 26/8/2018

Seorang anggota polis bantuan yang menunggang sebuah motosikal maut dalam insiden langgar lari dekat jalan Batu 10 Cheras Kajang malam tadi.

Kejadian berlaku kira kira jam 6 pagi dipercayai ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.


Menurut saksi awam..  Mangsa berusia 26 tahun dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan.

Akibatnya mangsa tercampak beberapa meter dari lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia serta merta.

Pemandu kenderaan berkenaan dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian.

Mangsa berpangkat konstabel dikenali sebagai Mohd Izzudin Kamarulzaman.

Mayat dibawa ke PPUKM untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment