Sunday 26 August 2018

7 SAMSENG JALANAN DIBERKAS

Kuala Lumpur - 26/8/2018

Sebanyak 334 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan trafik dalam Op Samseng Jalanan yang diadakan semalam di sekitar ibu kota.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT, Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, dalam operasi yang bermula kira-kira 11 malam  dan berakhir pada 2.30 pagi itu...pihaknya turut menahan seorang lelaki yang positif dadah.

7 lagi ditahan kerana terlibat dalam pelumbaan haram dan memandu secara berbahaya.


Seorang pendatang asing tanpa izin Pati pula ditangkap kerana menunggang tanpa lesen dan dokumen perjalanan yang sah.

Lebih 450 kenderaan diperiksa dalam operasi ini.


ACP Zulkefly berkata JSPT KL tidak akan berkrompromi dengan pesalah trafik terutama melibatkan penunggang motosikal.

Ia  dalam usaha menangani gejala samseng jalanan terutamanya di sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur.


Menurutnya langkah pencegahan itu penting bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment