Tuesday 7 August 2018

4 PENYAMUN MENYAMAR SEBAGAI POLIS

Sungai Buloh - 7/8/2018

4 Lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan jenayah samun ditangkap.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintedan S.Somu berkata suspek berusia 23 hingga 31 tahun ditangkap pada 1 Ogos lepas di sebuah pangsapuri di Damansara Damai.


Suspek ditangkap berikutan aduan dibuat seorang penyelia yang disamun di hadapan sebuah pusat snuker di Pekan Subang pada jam 2 pagi, 27 Julai lepas.

Hasil serbuan dilakukan polis merampas 4 unit telefon bimbit dan komputer riba.

Polis juga merampas topi dan pelekat kereta yang tertera logo Polis Diraja Malaysia ..cota warna hitam..lima keping pelbagai mata wang asing dan pasport milik warga Nepal.


Polis yakin dengan penangkapan 4 lelaki itu dapat menyelesaikan 10 kes samun yang berlaku di beberapa daerah di Selangor.

No comments:

Post a Comment