Tuesday 7 August 2018

5 PENYAMUN GENG PARANG DIBERKAS

Sungai Buloh - 7/8/2018

5 Penyamun tegar yang menggunakan parang untuk menggertak mangsa disebuah kedai telefon bimbit akhirnya berjaya ditangkap polis.

Kesemua suspek ditangkap dalam serbuan  berasingan dekat Sungai Buloh dan Shah Alam.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supritendan S. Somu berkata..  Kumpulan terbabit telah menyamun premis telefon bimbit dengan kerugian lebih 7 ribu ringgit bulan lalu.

Suspek turut meletakkan parang di leher mangsa sebelum melarikan sejumlah wang tunai milik perniagaan dan pekerja.


Dalam serbuan pertama..  Seorang lelaki ditahan di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Buloh.

Hasil soal siasat polis menahan lagi 4 lagi rakan sejenayah di Taman Cahaya SPK Shah Alam dan Desa Aman Batu 11 Sungai Buloh.

Dalam serbuan itu polis menemui 10 bilah parang yang digunakan untuk tujuan jenayah.

4 daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau serta positif dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 395 dan 397 kanun keseksaan.

No comments:

Post a Comment