Tuesday 14 August 2018

BAPA TETAK ANAK HINGGA MATI

Subang Jaya - 14/8/2018

Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman pagi ini ke atas seorang lelaki yang menetak anak lelakinya berusia lima tahun di kepala dan badan hingga maut petang semalam.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Blok 11A Flat Puchong Permai, Subang Jaya, Selangor.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di atas tilam di bahagian ruang tamu rumah mereka di tingkat 4 flat berkenaan sebelum suspek berusia 35 menetaknya sebanyak tiga kali dengan menggunakan parang.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata, kejadian itu disedari seorang penduduk yang menyangkakan kanak-kanak itu jatuh dari tingkat 4 flat berkenaan sebelum melaporkannya pada polis pada 5.45 petang.

Selepas membunuh mangsa, suspek dikatakan meletakkan mayat anaknya itu di luar pintu rumah sebelum dia mengurungkan diri di dalam.


Polis yang menjalankan siasatan mendapati mangsa sebenarnya mangsa pembunuhan selepas menemui kesan tetakan pada kepala dan pergelangan tangan kanannya.

Suspek mengaku membunuh mangsa selepas mendakwa mendengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian.



Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine.


Tonton video di youtube - https://www.youtube.com/watch?v=kTLFXKOg4gs

No comments:

Post a Comment